Nasional

Lesen B2 jadi B: Kerajaan belum buat keputusan

Kementerian Pengangkutan (MOT) masih belum membuat keputusan mengeniacadangan menggabungkan secara automatik lesen motosikal kelas B2 kepada B.

Menterinya, Anthony Loke berkata, ia masih di peringkat perbincangan di kementerian kerana terdapat pelbagai pandangan mengenainya.

“Keputusan belum dibuat. Ada kajian dilakukan tapi ia masih di peringkat perbincangan lanjut kerana lesen B ini untuk motosikal berkuasa besar.

“Kemenerian perlu melihat sejauh mana mereka yang mempunyai lesen kelas B2 ini mampu untuk membawa motosikal berkuasa besar, jadi itu juga menimbulkan kebimbangan daripada pelbagai pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Peruntukan Menteri Pengangkutan di Dewan Yayasan ECM Libra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul di Seremban, hari ini.

Tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B, secara automatik akan dibawa kepada MOT untuk diteliti.

Menurut Ahmad Zahid, cadangan itu dibuat kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan. – SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button