Hiburan

DD Cat, Anna Jobling lancar koleksi baju raya kucing 2024 dengan tema Raya Sedondon

DD Cat, jenama pakaian kucing yang tidak asing lagi di Malaysia kembali menampilkan rekaan terbaru baju raya kucing sempena Hari Raya Aidilfitri 2024.

Bertemakan konsep Raya Sedondon, pelancaran koleksi baju raya kucing terbaru DD Cat akan berlangsung di Coo & RIKU Lalaport Pet Shop Kuala Lumpur, pada Isnin.

Seperti koleksi baju raya kucing DD Cat pada lebaran yang lalu, koleksi tahun 2024 ini tetap mengekalkan figura artis tersohor negara, Anna Jobling yang menjadi wajah kepada jenama baju raya kucing DD Cat.

Koleksi baju raya kucing DD Cat pertama kali diperkenalkan pada Hari Raya Aidifitri 2023, mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada para pencinta kucing.

Tahun lalu, sebanyak 15,000 helai koleksi baju raya kucing DD Cat terdiri daripada Baju Melayu, Kurta, Kurung dan Kebaya terjual bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Didorong oleh sambutan luar biasa itulah, untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri tahun ini DD Cat telah menghasilkan sebanyak 25,000 helai baju raya kucing.

Kolaborasi DD Cat bersama Anna Jobling yang terserlah dengan sifat menyayangi haiwan khususnya kucing, pada kali ini tampil dengan idea dan inspirasi rekaan yang eksklusif.

Baju Melayu Kucing DD Cat misalnya, menampilkan songket berkualiti tinggi, manakala koleksi baju kurung dan kebaya kucing DD Cat mengenengahkan fabrik songket dan como crepe polos dengan perincian renda French Lace yang elegan.

Sementara itu, Anna melahirkan rasa syukur dan gembira kerana mash lagi menjadi sebahagian daripada keluarga DD Cat.

“Semua orang tahu Anna sangat kash dan sayangkan haiwan khususnya kucing. Anna selalu inginkan yang terbaik untuk kucing-kucing Anna.”

“Justeru, Anna akan terus berusaha menyampaikan mesej kepada masyarakat di luar sana untuk sama-sama menyayangi dan menyantuni semua haiwan termasuklah kucing,” ujar Anna.

Menurut Anna, untuk koleksi baju kucing DD Cat bertemakan raya sedondon kali ini, beliau terlibat secara langsung dalam menghasilkan rekaan, memilih warna dan fabrik.

“Koleksi baju raya kucing DD Cat pada tahun ini menampilkan lapan pilihan warna yang segar dan menarik. Pecinta kucing boleh memilih sama ada Baju Melayu, Baju Kurung atau Kebaya untuk kucing kesayangan mereka.” katanya.

Anna juga turut berkongsi keistimewaan baju raya kucing DD Cat, yang menjadi pilihan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Ank Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah baru-baru ini.

Menariknya untuk koleksi tahun 2024 ini, semua rekaan turut menawarkan saiz bermula dari saiz S sehingga XXL.

Pada masa yang sama, Anna berkata, Ramadan dan Lebaran sebenarnya memberi ruang kepada mereka yang berminat untuk menambah rezeki dengan menjadi ejen kepada baju raya kucing DD Cat.

“Untuk tahun 2024 ini, DD Cat mahu berkongsi rezeki dengan membuka peluang kepada ejen dan affiliate untuk turut serta dalam perniagaan baju raya kucing DD Cat.”

Sementara itu, koleksi baju raya kucing DD Cat terkini boleh didapati melalui pembelian atas talian seperti di Shopee dan TikTok @ddcathq bermula pada 4 Mac 2024. – SM

Artikel berkaitan > DD Cat kongsi rezeki bersama lima pusat penjagaan dan perlindungan kucing terbiar

(Visited 545 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button