Nasional

Bertengkar sebelum maut ditikam

SEORANG pengawal keselamatan berusia 52 tahun maut ditikam dalam satu kejadian di sebuah perumahan awam di Cheras, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima makluman berkenaan kejadian berkenaan kira-kira pukul 2.03 petang.

“Ketika tiba di lokasi, kita dapati mayat seorang lelaki terbaring di hadapan sebuah kedai runcit di tingkat bawah perumahan awam.

“Mangsa dipercayai maut akibat ditikam dengan objek tajam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mokhsein, saksi di lokasi kejadian memberitahu kedua-dua suspek dan mangsa dikatakan bertengkar di hadapan sebuah kedai.

Jelasnya, mangsa kemudian didapati telah terbaring manakala suspek pula terus melarikan diri.

“Kita sedang menyiasat motif kejadian dan saksi-saksi bebas yang lain juga akan diambil keterangan untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. -SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button