
Nasional
Lebuhraya KLK, LPT 1 selamat diguna – LPT
LEBUHRAYA Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) selamat untuk pengguna.
Menerusi media sosial Twitter LPT yang telah dikemaskini, bagaimanapun memandangkan keadaan cuaca mendung pengguna lebuhraya adalah dinasihatkan memastikan kenderaan berada dalam keadaan optimum sebelum memulakan perjalanan.
Para pengguna jalanraya turut diingatkan agar mematuhi had laju yang telah ditetapkan dan sentiasa memasang lampu kenderaan sekiranya cuaca hujan.
Sementara itu, LPT turut memaklumkan, paras air di sepanjang kawasan panas (hot spot) masih rendah setakat ini.
“Pemantauan berterusan akan dilakukan sehingga musim tengkujuh berakhir,” katanya. -SM
(Visited 242 times, 1 visits today)
PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!