Nasional

Kejohanan Peringkat Akhir Malaysia Esport (MES) 2021

Kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 yang bermula sejak 24 Mac 2021 (pusingan kelayakan) telah sampai ke kemuncak kejohanan pada hari ini selama tiga hari.

Pengerusi Penganjur MES 2021,  Aimanhaq Zaharudin berkata, kejohanan MES 2021 berjaya menghimpunkan lebih 2,000 atlet e-sukan negara.

Katanya, sebanyak 16 pasukan daripada setiap kategori akan berentap untuk acara Grand Finale.

Tawaran hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 akan menjadi rebutan dalam kalangan atlet yang bakal merangkul gelaran juara pada kejohanan ini.

Sementara penonton kejohanan MES 2021 yang bertuah bakal memenangi dua buah telefon pintar dan sebuah Konsol PS5.

Grand Finale akan membuka tirai dengan PUBGM pada hari pertama (Jumaat), manakala, FIFA 21 akan berlangsung pada hari Sabtu sebelum kemuncak acara iaitu Mobile Legend Bang Bang pada hari Ahad.

Dijangkakan, Grand Finale MES 2021 akan menyajikan pelbagai kejutan buat peminat e-sukan negara terutamanya selepas Team Haq mencipta kejutan awal pada pusingan kelayakan yang lalu.

Selain itu, penganjur turut berbangga dengan kejohanan ini kerana telah berjaya menarik minat pasukan antarabangsa yang terkemuka seperti Todak.

Penganjur juga menjemput peminat-peminat e-sukan negara untuk turut serta sepanjang Grand Finale kerana tips-tips dan komen terhadap kejohanan MES 2021 akan diberikan oleh atlet tersohor e-sukan iaitu MasterRamen dan Xorn.

Penampilan lagenda bolasepak negara Safee Sali dalam pusingan akhir pada Sabtu ini turut memberi gambaran sokongan beliau terhadap perkembangan e-sukan di negara ini yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Artis tempatan yang terkenal dengan lagu bergenre balada ‘Peluang Kedua’, Nabila Razali juga akan hadir bagi merancakkan majlis penutup kejohanan MES 2021 yang bertemakan e-sukan bukan sekadar hobi pada Ahad ini.

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button