Nasional

Rakyat Malaysia pulang dari luar negara sumbang peningkatan kes Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia telah mengesan sejumlah kes positif COVID-19 yang melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkara tersebut telah dijangka, memandangkan lebih daripada 180 buah negara di seluruh dunia telah terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Macam hari ini daripada daripada 57 kes 18 adalah kes import daripada warganegara Malaysia
yang pulang dari luar negara. 39 kes adalah kes penularan tempatan,” kata Dr. Noor Hisham dalam sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh lebih dua minggu sejak 3 April lalu seramai 12,160 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantinkan.

Daripada jumlah tersebut 7,910 individu telah disaring dan 0.97 peratus atau 77 orang daripada mereka positif COVID-19.

Tindakan proaktif tersebut menyaksikan peningkatan jumlah kes yang dilaporkan di negeri di mana mereka
dikuarantinkan.

“Misalnya peningkatan 37 kes di Melaka, 32 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga kes di Sarawak, tiga kes di Johor, dan dua kes di Selangor. Kes-kes positif ini telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital,” kata Dr. Noor Hisham.-SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button