Nasional

KPLB terima semakan kelayakan Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerima lebih 300 permohonan dan semakan kelayakan untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di Pusat Sehenti Tabika Kemas, Bukit Changgang.

Pusat Sehenti ini dibuka tiga hari bermula hari ini bagi menyedia saluran bagi memudah cara mangsa banjir mendaftar kelayakan melalui borang yang disediakan sebelum diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana, PKOB Daerah untuk diperaku Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Menurut Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Ramlan bin Harun, KPLB mengambil inisiatif ini untuk membantu melicin dan mempercepatkan proses pendaftaran dalam menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir yang layak.

KPLB memperuntukkan RM50 juta di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia dengan kadar bantuan RM15 ribu untuk kerja-kerja pembaikan rumah, RM56 ribu untuk membina baharu di Semenanjung dan RM68,000 untuk bina baharu di Sabah dan Sarawak.

KPLB juga telah memulakan kerja-kerja pembaikan Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan. Empat buah rumah lagi di Mentakab dan Temerloh, Pahang.

Setakat ini KPLB telah menerima jumlah 1,879unit rumah untuk baik pulih di kawasan banjir seluruh negara. Manakala 165 adalah untuk bina baharu rumah. – SM

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button