Nasional

2.8% lagi capai 90% populasi dewasa lengkap divaksin

TINGGAL 2.8 peratus lagi sasaran 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin Covid-19 bagi membolehkan sempadan antara negeri di buka.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 20.418 juta penduduk dewasa telah lengkap divaksin.

Manakala 94.3 peratus atau 22.070 juta individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Data JKJAV menunjukkan Lembah Kelang, Labuan, Negeri Sembilan dan Perlis telah melebihi 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin.

Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan 111.4 peratus, Labuan (98.7 peratus), Negeri Sembilan (97.7 peratus) dan Perlis (91.8 peratus).

Keseluruhan 23.736 peratus atau 72.7 populasi Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Daripada jumlah itu 20.511 juta atau 62.8 peratus keseluruhan populasi telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.-SM

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button