fbpx
Nasional

Kes aktif Covid-19 turun menghampiri 1,000 kes

JUMLAH kes aktif Covid-19 di Malaysia terus turun dengan jumlah hari ini sebanyak 1,014 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, sejumlah 143 orang lagi sembuh hari ini menjadikan jumlah mereka yang telah sembuh seramai 7,311 orang.

Manakala bagi kes baharu seramai 43 orang dikesan djangkiti virus tersebut. Kes baharu melibatkan 38 kes penularan tempatan dan 5 kes import. Bagi kes  penularan tempatan sebanyak 15 kes melibatkan dan 23 kes bukan warganegara.

Sementara itu menurut Dr. Noor Hisham, terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19 melibatkan kes ke-8403. Mangsa merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 96 tahun.

“Beliau telah meninggal dunia pada 12 Jun 2020 di rumah beliau dan jenazah beliau dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan ujian COVID-19 didapati positif. Punca jangkitan bagi kes ini masih dalam siasatan,” kata Dr. Noor Hisham.


Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 120 kes.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button