fbpx
Nasional

Covid-19: 6 kes baharu, tiada kematian

ENAM kes baharu Covid-19 dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam. Dua daripada kes baharu melibatkan kes import terdiri daripada seorang warga tempatan dan seorang bertaraf penduduk tetap. Manakala empat kes lagi melibatkan penularan tempatan terdiri daripada warganegara Malaysia.

Menurut Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, sebanyak 45 kes telah pulih dan dibenarkan pulang menjadikan 95.8 peratus atau 8,231 telah sembuh.

Ketika ini masih terdapat 244 kes aktif yang sedang diberi rawatan di hospital dengan tiga daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu tiada kematian baharu dicatatkan dengan jumlah keseluruhan kematian kekal 121 orang.-SM

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button