Nasional

Lawan arus sebab mabuk, mujur tak langgar orang

TEKAAN netizen berkenaan video tular yang memaparkan sebuah kenderaan dipandu secara melawan arus memang tepat disebabkan oleh pemandu mabuk.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi dan disedari oleh sebuah kenderaan polis bantuan Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (Litrak) sebelum menghala ke arah Plaza Tol Litrak.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pemandu berusia 27 tahun itu mengaku telah melawan arus dari Jalan PJU7/3 Damansara, Petaling Jaya.

“Suspek hanya disedari memandu secara melawan arus oleh pihak polis bantuan, bermula dari kilometer 8 (Icon City) sehingga Plaza Tol Litrak di kilometer 19, Sunway.

“Kenderaan itu berjaya ditahan oleh sepasukan polis bantuan di tol tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, hasil ujian pernafasan yang dibuat mendapati pemandu positif lebihan alkohol daripada kadar yang telah ditetapkan.

Jelasnya, siasatan awal pihak polis mendapati saspek bersama teman wanitanya ingin pulang ke rumahnya di Rawang, Selangor.

“Mereka berdua baru selesai berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan PJU 7/3 Damansara, Petaling Jaya,” jelasnya.

Tambahnya, kes di siasat di bawah Seksyen 42 (1) dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button