fbpx
Nasional

Kopi ‘dadah’ dijual RM150 sepeket

PASANGAN lelaki tempatan bersama wanita warga asing berusia 17 tahun ditahan selepas didapati membuat serbuk kopi bercampur dadah untuk dijual dengan harga RM150 sepeket.

Kedua-duanya ditahan kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin di sebuah kondominium di Taman Desa, Brickfields, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin @ Hilmi berkata, suspek lelaki berusia 30 tahun baru enam buan menyewa kondominium tersebut dengan bayaran RM2,300 sebulan.

“Suspek mendapat bekalan dadah daripada seorang lelaki lain dan akan membuat bungkusan semula dadah dengan mencampurkan bahan terlarang itu bersama serbuk kopi.

BACA> UMNO bak ‘Belanda dapat tanah’?

“Serbuk kopi bercamput dadah itu kemudian akan dijual dengan harga RM150 sepeket kepada pelanggan di kawasan Taman Desa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Zairulnizam, serbuan ke rumah itu turut menemukan dadah jenis methamphetamine (21.4 gram), ketamin (33.7 gram) dan dadah jenis mdma seberat 1.6 kilogram.

Jelasnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methaphetamine manakala pasangannya pula negatif.

“Kedua-dua suspek telah ditahan reman selama enam hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati,” ujarnya.

BACA> Buka semula kes ‘sejuk beku’ JSJK – KPN

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi IPD Brickfields di talian 03-22979222. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button