HiburanNasional

Finas tiada kuasa tapis kandungan tak senonoh di platform digital

KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri hari ini memperjelas berhubung isu cadangan mengawal selia kandungan platform digital seperti Netflix.

Dalam siri ciapan menerusi Twitter, Ahmad Idham berkata ketika Seminar Keluarga Sejahtera 2019 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini semalam, beliau mengambil maklum keluhan ibu bapa di zaman siber ini yang bertanyakan mengenai kemasukan cerita yang tidak ditapis.

“Apa yang saya cadangkan adalah untuk adakan satu kerjasama antara Finas dan pihak NCWO (Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia) mewujudkan satu forum atau seminar untuk membahaskan isu ini dalam konteks memperkasakan kandungan digital pada masa akan datang,” katanya.

Tambahnya, Finas juga tiada kuasa untuk menapis, namun dalam konteks kandungan digital, Finas sentiasa akan mencari jalan terbaik untuk memperkasakan kandungan tempatan supaya ia memberi impak positif pada masyarakat dan negara. — BERNAMA

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button