Negeri

Lapan Exco Perlis angkat sumpah

 

ARAU, 9 Jun (Bernama) — Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau hari ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berangkat pada majlis yang berlangsung di Balai Menghadap Istana Arau.

Mendahului senarai mengangkat sumpah ialah Asmaiza Ahmad (Chuping), diikuti Hamizan Hassan (Kayang), Azizan Sulaiman (Santan), Ruzaini Rais (Beseri), Nurulhisham Yaakob (Simpang Empat), Rozieana Ahmad (Pauh), Siti Berenee Yahaya (Mata Ayer) dan Teh Chai Aan (Titi Tinggi).

— BERNAMA

(Visited 579 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button