NegeriRencah Hidup

Pemimpin hebat jaga rakan sepasukan – Raja Muda Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan singgah melihat kanak-kanak bermain bola di sawah pada musim timur ketika mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Jalan Kaki Bukit, Kangar.

PEMIMPIN hebat bukan sahaja menjaga diri sendiri tetapi menjaga rakan sepasukan dan orang bawahan mereka. Dalam masa-masa yang sukar, pemimpin mesti bersifat tegas, berani, menyalur tenaga yang positif, dan memotivasikan pekerjanya.

Seseorang pemimpin itu juga tidak mungkin berjaya seorang diri. Ia adalah satu proses yang memerlukan sokongan dan kepercayaan daripada semua orang secara kolektif.

Untuk mewujudkan kepercayaan itu, pemimpin perlu sentiasa menunjukkan kemampuan dan kebolehan mereka serta memimpin dalam setiap pekerjaan dan tugas.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Jalan Kaki Bukit, Kangar.

Kayuhan amal yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu bertujuan untuk menyantuni dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan untuk menyerahkan sumbangan dari MAIPs kepada asnaf yang terpilih pada kali ini iaitu Zainurin Othman, 48 dari Kampung Behor Inai, Asmah Ismail, 56 dari Kampung Padang Pauh Urara dan Shukri Ahmad, 61 dari Kampung Padang Pauh Selatan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Jalan Kaki Bukit, Kangar.

Setiap asnaf menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, bantuan Kits MAIPs Peduli berserta beras fidyah bagi menampung keperluan seharian mereka.

Menurut Raja Muda, ‘Salah satu kemahiran kepimpinan yang membezakan kepimpinan daripada yang lain ialah kebolehan untuk mengajar dan bertindak sebagai mentor.

Pemimpin yang baik ialah mereka yang mempunyai kepakaran dan kemahiran tinggi, seorang guru, dan pelopor dalam bidang tersebut. Mereka mempunyai pengalaman untuk memimpin rakan sepasukan untuk bekerja dengan berkesan’.

‘Mereka juga sentiasa memberi nasihat, membimbing orang lain untuk menyelesaikan sesuatu, atau membantu mengatasi kesukaran sementara’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan meluangkan masa singgah melawat Mirnaz Roomstay yang terletak di Kampung Masjid, Jalan Kaki Bukit yang dimiliki oleh Amirah Che Abd Hadi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar bersama kanak-kanak yang bermain bola di sawah pada musim timur ketika mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Jalan Kaki Bukit, Kangar.

Homestay ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung terutamanya pada cuti sekolah dan cuti umum.

Pemandangan hijau, kolam mandi dewasa dan kanak-kanak serta dikelilingi dengan bendang dan beberapa kelengkapan asas lain antara tarikan utama para penginap homestay ini. – SM

BACA Pemimpin perlu mahir berkomunikasi – Raja Muda Perlis

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button