Politik

Langgar kuarantin: Khairuddin perlu berlapang dada jika didakwa

MENTERI Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali perlu berlapang dada akur kepada undang-undang dan peraturan kesihatan.

Beliau digesa berbuat demikian ekoran keengganan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Turki.

Ini kerana sebagai menteri, Mohd. Khairuddin tidak sepatutnya berasa berada pada kedudukan istimewa sehingga sanggup mengenepikan risiko kesihatan kepada rakyat.

Malah dalam tempoh kurang 14 hari itu, beliau dikatakan menghadiri lebih 10 acara walaupun disahkan negatif Koronavirus (Covid-19) oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kenapa bersikap ‘denial’? Baharu enam bulan merasai nikmat kuasa kita sudah lalai. Belum lagi 22 bulan.

BACA > Covid-19: PH dakwa RM20 bilion diperuntuk sejak Disember – Suara Merdeka

“Janganlah berfikiran lapok. Bila dikritik itu dianggap pecah belah. Tetapi buat salah tidak dianggap menjejaskan imej jemaah.

“Apa pun 27 laporan Polis telah dibuat terhadap Mohd. Khairuddin kerana melanggar kuarantin wajib 14 hari.”

MOHD. PUAD ZARKASHI

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini dalam Facebooknya meminta Mohd. Khairuddin menyelesaikan kegusaran rakyat.

Menurutnya, apa yang berlaku terhadap beliau mencetuskan keresahan rakyat akibat keengganan menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Denda RM1,000 yang dikenakan dan pemulangan gaji yang dibuat oleh Mohd. Kahiruddin dianggap tidak mampu menutup kesalahannya.

Perkara hakikat yang dibangkitkan adalah risiko kesihatan akibat penularan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Mohd. Puad turut meminta penjelasan daripada Ahli Parlimen Kuala Nerus itu tidak memakai gelang merah jambu seperti dilakukan orang lain yang menjalani prosos kuarantin selepas pulang dari luar negara.

BACA > Yang di-Pertuan Agong juga jalani kuarantin 14 hari – Suara Merdeka

“Bolehlah Khairuddin menjelaskan kenapa dia tidak pakai gelang. Kenapa langgar kuarantin sampai dua belas kali?

“Apakah status negatif virus boleh jadi alasan untuk bergerak bebas?

“Sementara itu, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menasihatkan Khairuddin ‘jangan merana dan hampa’ dengan ujian Allah. ‘Terima dan nikmatinya dengan iman dan taqwa’.

“Setidak tidaknya nama baik Kerajaan PN, Muafakat Nasional dan PAS tidak tercemar,” tegasnya.

https://www.facebook.com/drpuadzarkashi.official/posts/10158485747713609?__tn__=-R

Oleh demikian, beliau turut menasihatkan supaya Mohd. Khairuddin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya selain itu, beliau juga perlu menjalani proses undang-undang rakyat biasa kerana pemotongan gaji juga boleh dilakukan orang lain.

“Bagaimana nanti kalau ada Pegawai Kementerian Khairuddin mohon potong gaji supaya tidak dikenakan tindakan tatatertib?

BACA > Yang penting tiada kluster Khairuddin – Tuan Ibrahim – Suara Merdeka

“Elok Khairuddin membersihkan namanya di mahkamah.

“Mahkamah juga boleh mempertimbangkan sama ada memulangkan gaji 4 bulan itu boleh meringankan hukuman jika didapati bersalah.

“Kalau hukumannya berat, Khairuddin akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen dan Menteri. PRU 15 nanti bertandinglah semula,” katanya. – SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button