Politik

Tun M akui gambar pertemuan pemimpin Melayu di rumahnya sebelum berjumpa Agong

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan gambar tular beliau bersama 8 pemimpin Melayu di rumahnya adalah foto sebelum kesemua pemimpin berkenaan berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Dr. Mahathir pertemua itu diadakan selepas Bersatu mengadakan mesyuarat Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Selepas daripada perjumpaan di rumah saya maka ketua ketua parti ini telah pergi ke istana untuk menghadap Agong

“Tetapi saya tidak pergi kerana saya ingin memikir dengan mendalam tentang keputusan yang dibuat oleh MT Bersatu. Itulah yang berlaku,” kata Dr. Mahathir dalam video yang dikongsi di Facebook beliau.

BACA Foto Dr. Mahathir bertemu pemimpin UMNO, Pas, GPS, Warisan tersebar

Menurut Dr. Mahathir, mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu membuat cadangan supaya parti tersebut untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

Bagaimanapun Dr. Mahathir berkata, beliau telah menasihatkan kepimpinan Bersatu untuk mengambil masa memikirkan cadangan tersebut yang disifatkan sebagai begitu berat dan serius sebelum membuat sebarang keputusan.

“Akhirnya mereka bersetuju memberi masa kepada saya untuk bersetuju dengan cadangan mereka.

“Bahkan Tan Sri Muhyiddin memberi masa kepada saya selama satu minggu untuk membuat keputusan. Namun demikian ternampak bahawa mereka sudah pun merancang untuk melaksanakan keluar daripada PH,” cerita Dr. Mahathir.

BACA Cerita pertemuan di rumah Dr. Mahathir versi Akhramsyah

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebelum itu berkali-kali berjumpa beliau meminta agar Pengerusi Bersatu itu bersetuju untuk keluar daripada PH.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak menolak mentah-mentah cadangan Muhyiddin sebaliknya memohon agar diberikan masa untuk memikirkan usul tersebut.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju untuk keluar kerana pada masa itu kerana berpendapat bahawa Pakatan Harapan menang dengan perjuangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.

“Jadi saya fikir agak pelik bagi bersatu menolong menjatuhkan Najib dicadangkan supaya bekerja sama dengan Najib, jadi itulah keputusan saya.

“Bahkan cadangan ini mengejutkan saya kerana PH adalah parti yang disertai oleh Bersatu dan berjuang untuk menjatuhkan Najib sehingga berjayanya PH,” terang Dr. Mahathir.

Jelas Dr. Mahathir tidak ada sebab untuk beliau menolak PH.

“Walaupun saya dengar cakap-cakap bahawa PH ini dikuasai oleh DAP. Saya dapati DAP tak mungkin akan menguasai PH.

“Kerana saya sebagai PM tak mungkin bersetuju dengan apa juga cadagangan yang tidak memberi pertimbangan kepada semua pihak khususunya orang Melayu,” kata Dr. Mahathir.

Sebelum ini tular gambar pertemuan antara Dr. Mahathir dan tujuh pemimpin Melayu dari Muafakat Nasional, Pakatan Harapan, Gabungan Parti Sarawak dan Parti Warisan Sabah tersebar di media sosial.

Dalam gambar berkenaan kelihatan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang,  Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut kelihatan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal, bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Mohd. Ali dan Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof.-SM

(Visited 829 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button