Politik

Beri keadilan kepada Najib sebagai seorang manusia

DI hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir mendengar ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) di World Trade Centre, Kuala Lumpur, pagi tadi, Zahid menyatakan UMNO meminta supaya Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan keadilan sebagai seorang manusia.

Beliau berkata, bekas pemimpin UMNO itu walaupun secara jasadnya tiada di dalam Dewan Merdeka namun semangatnya tetap ada bersama-sama para perwakilan yang hadir pada PAU kali ini.

najib

 

“Bekas pemimpin kita  sekarang ini yang berada di belakang tirai besi, pun mendoa dan mengharapkan Kerajaan Perpaduan ini merampas semula enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kita berikan semangat walaupun beliau (Najib) tidak berada bersama kita cara fizikal, jiwa dan roh beliau tetap bersama kita.

“Semangat beliau tetap bersama kita. Kita berikan laungan bersemangat untuk beliau,” kata Zahid.

Beliau berkata, “Kita mahukan keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak. Kita mahu keadilan kepada beliau sebagai seorang manusia.”

Menurut Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, walaupun Najib berada di dalam penjara, bekas Presiden UMNO itu berdoa dan berharap agar Kerajaan Perpaduan  dapat merampas negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. – SM

BACA Anak Najib tunjukkan taring, kuasai jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi

BACA UMNO mengadap Agong untuk pengampunan Najib

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button