Uncategorized

Anak Najib tunjukkan taring, kuasai jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi

Datuk Mohd Nazifuddin Najib berjaya memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pertembungan dua penjuru pada pemilihan UMNO sesi 2023-2026, hari ini.

Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi selepas menewaskan pencabarnya yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd Nazifuddin Najib
Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd Nazifuddin Najib

Mohd Nazifuddin turut menawarkan diri merebut jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan kali ini, namun tewas selepas jawatan itu dimenangi Mohd Hairi Mad Shah minggu lalu.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi kosong sebelum pemilihan kali ini selepas penyandangnya, Datuk Nawawi Ahmad meninggal dunia.

Nawawi yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia pada 28 November tahun lalu di Frankfurt, Jerman.

.
Dapatkan berita Suara Merdeka dengan pantas terus ke Whatsapp anda.
>> Klik dan sertai Suara Merdeka sebelum tinggalkan halaman ini.

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button