Nasional

Masjid perlu jadi contoh pelaksanaan SOP – Raja Muda Perlis

Masjid harus menjadi contoh tauladan kepada masyarakat dalam memperjalan serta melaksanakan pematuhan SOP keselamatan dan kesihatan yang lengkap dan sempurna.

Peranan masjid dalam mendidik masyarakat untuk mengamalkan SOP sebagai ikhtiar mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak harus diangkat. Didikan ketika solat dan berada di masjid dengan pematuhan SOP haruslah diterjemahkan dalam kehidupan seseorang ketika berada di tempat lain sama ada di pasar, kedai, tempat kerja, hatta di rumahnya sendiri.

Inilah yang mengingatkan semua kepada peranan ibadah solat dalam menyusun atur kehidupan manusia. Bermula daripada perintah menjaga kebersihan dan kesucian, termasuklah kewajipan mematuhi arahan ketua perlu dihayati oleh setiap masyarakat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut hebahan media yang disiarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika baginda berkenan berangkat menyampaikan titah pembukaan dan seterusnya mempengerusikan ‘Mesyuarat Sidang Keempat MAIPs Bagi Tahun 2021’ yang diadakan secara digital pagi tadi.

Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut mengulangi titah baginda mengenai aspek kepentingan memberikan fokus dalam menangani sesuatu kegentingan atau krisis selain berharap agar MAIPs dapat terus memainkan peranannya dalam membantu masyarakat dengan seluruh kekuatan jenteranya bagi sama-sama menangani impak daripada penularan wabak Covid-19.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut mengalu-alukan sumbangan idea, pandangan dan maklumat kepada pihak pengurusan dalam usaha untuk terus memperbaiki dan memperkemaskan lagi pengurusan MAIPs di masa yang akan datang.

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button