Hiburan

Lagu Roslan Madun, Lemak Manis diciplak oleh penyanyi Indonesia

Populariti lagu Lemak Manis terus melonjak naik selepas berjaya trending menerusi platform TikTok sekaligus generasi muda juga tidak terlepas untuk mendengar lagu ini.

Roslan Madun terkenal dengan lagu irama melayu asli

Dinyanyikan oleh seorang penyanyi dari Pahang iaitu Roslan Madun pada tahun 1982 malah lagu ini juga masih kekal releven, diputarkan di corong radio.

Namun disebalik populariti lagu ini mendapat perhatian dari negara seberang iaitu Indonesia, seorang penyanyi perempuan di negara itu dikenali Lina Rahim menyanyikan semula lagu ini menerusi saluran Youtube.

Tetapi kredit kepada penyanyi serta komposer asal lagu tersebut tidak dinyatakan. Sekali gus mendapat perhatian di kalangan netizen Indonesia dan Malaysia.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dari dua negara ini mendesak agar penyanyi Indonesia serta label tersebut memberi kreadit kepada penyanyi asal lagu tersebut, Roslan Madun.

Namun tidak kurang juga ada yang mengkritik nyayian penyanyi wanita ini seolah tidak bersesuaian menyanyikan lagu irama Melayu asli.

Roslan Madun juga turut sedia maklum tentang isu ini dan kecewa dengan tindakan pihak tersebut.

Beberapa hari lalu Indonesia turut mendakwa Malaysia menciplak lagu Halo-Halo Bandung menjadi Hello Kuala Lumpur.

Artikle Berkaitan:>

Menara Condong Teluk Intan bergegar!

Festival Paluan Gendang Malaysia & Tari Joget Pahang menggamit pengunjung Menara Condong

(Visited 735 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button