Hiburanpilihan

Caprice pelik kenapa minta bantuan Interpol untuk cari dirinya

Penyanyi popular Caprice meluahkan rasa pelik dengan kenyataan polis yang meminta bantuan Interpol untuk mengesan dirinya.

Caprice berkata, setakat ini masih lagi yang dapat berhubung dengan dirinya, termasuk menghantar mesej menggunakan What’s App.

“Caprice pelik dengan statement polis nak mintak tolong interpol sebab tak dapat hubungi Caprice. Sedangkan ramai je What’s App kita hari-hari siap ada yang mintak buah tangan lagi.

“Kenapa tak hubungi keduataan Malaysia sahaja? Kita hampir setiap hari dengan kakitangan kedutaan makan dan minum santai. Kalau susah nak cari Caprice, cari Sajat dulu,” tulisnya di Insta Story.

Sebelum ini, pihak polis meminta bantuan Interpol untuk mengesan Caprice dan Nadir Al Nuri berhubung laporan polis yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew.


Dalam pada itu, penyanyi berkenaan meluahkan rasa penatnya terhadap halangan yang berlaku setiap kali menjelaskan perkembangan dibuatnya berkenaan Palestine.

“Tiap kali caprice ade buat progress pasal Palestine… ade je halangan/cerita baru. sumpah Caprice penat,” ujarnya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, sehingga kini pihaknya belum memperoleh tarikh untuk mengambil keterangan kedua-dua mereka.

Kata beliau, PDRM telah menghubungi Caprice dan Muhammad Nadir melalui e-mel namun gagal mendapatkan maklum balas daripada kedua-dua mereka.

“Sehubungan itu, kita telah mohon bantuan Interpol untuk berhubung dengan mereka,” katanya. -SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button