Nasionalpilihan

12 juta rakyat telah lengkap dos suntikan vaksin Covid-19

Sebanyak 38 peratus atau 12,408,803 populasi negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

awatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, pada masa sama, seramai 17,961,600 orang atau 55 peratus telah menerima dos pertama.

Jumlah tersebut menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 30,370,403 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 483,855 dos diberikan semalam dengan 155,030 adalah dos pertama manakala 328,825 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. -SM


(Visited 32 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button