fbpx
Hiburan

Saya pilih ibu, bukan Oktovia Manrose

RAMAI yang belum kenal siapa sebenarnya penyanyi, Alfie Zumi yang baru sahaja tampil dengan lagu baharu berjudul Sudah Ditentu.

Tetapi, Alfie sebenarnya mempunyai kisah yang berkait dengan seorang wanita muda dan kini semakin dikenali dalam industri seni lakonan tempatan.

Alfie difahamkan bercinta dengan seorang pelakon wanita bernama Oktovia Manrose yang juga kakak kepada pelakon, Apreena Manrose.

Kedua-dua adik beradik ini juga adalah anak kepada penyanyi, Iwan yang cukup popular dengan irama dangdut.

Berbalik kepada kisah Alfie, penyanyi ini memberitahu yang dia sebelum ini pernah menjalin cinta selama empat tahun bersama dengan Oktovia.


Namun, kisah cinta itu terputus selepas Alfie memilih untuk menamatkan hubungan itu demi menjaga hati ibunya.

“Ada beberapa isu yang membuatkan ibu saya sukar hendak terima Oktovia dan saya pun tiada pilihan selain menuruti kata-katanya.

“Waktu buat keputusan itu, Oktovia memang terkejut sebab saya dengan dia sebenarnya hampir nak berkahwin. Memang dah ada perancangan ke arah itu,” katanya.

Enggan memanjangkan perkara yang telah berlalu, Alfie berkata hubungan bersama Oktovia dianggap sebagai satu pengajaran buatnya.

Ujarnya, wanita itu adalah kekasih pertama yang dia jalinkan hubungan secara serius dan apa yang berlaku sebelum itu dianggap sebagai sebahagian daripada kisah dalam hidupnya.

Sementara itu, mengulas mengenai lagu terbaharunya iaitu Sudah Ditentu, Alfie berkata yang lagu tersebut tidak mempunyai kaitan langsung dengan kisah cintanya.

Menurut Alfie, lagu berkenaan dihasilkan ketika sambutan Hari Raya Pertama lalu dan direkod dalam tempoh sehari sahaja.

“Ketika itu perasaan saya memang sangat tidak menentu disebabkan masalah cinta dan keluarga, tetapi sebenarnya lebih kepada masalah cinta.

“Saya rasa macam dah banyak membuang masa dengan cinta. Cuma lagu ini tidak ada kaitan pun dengan kisah cinta saya,” ujarnya.

Finalis program Rap Star ERA ini berkata, membuat lagu bukanlah sesuatu yang baharu baginya apatah lagi dia sebelum ini sudah beberapa kali memuat naik lagu ciptaannya di akaun Instagram.

Tambahnya, dia berharap lagu terbaharunya ini mendapat respon yang positif daripada pendengar. -SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button