HiburanUncategorized

Festival Paluan Gendang Malaysia & Tari Joget Pahang menggamit pengunjung Menara Condong

MENARA Condong di Teluk Intan, Perak akan bergegar dengan persembahan sempena Festival Paluan Gendang Malaysia & Tari Joget Pahang bermula malam esok sehingga 30 Oktober ini.

Festival tersebut yang julung kali diadakan, anjuran WAFA Gallery bertujuan menyemarakkan lagi seni dan budaya melalui dana geran sepadan yang diberikan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) kepada WAFA Gallery.

 

Festival ini turut mendapat kerjasama Persatuan Penulis Peminat Sastera Perak serta JKKN Perak dan Malam Gala akan dirasmikan Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan MOTAC, Dr. Tan Awang Besar.

Pengarah Urusan WAFA Gallery, Syed Yusof Wafa berkata, Malam Gala Festival Paluan Gendang Malaysia & Tari Joget Pahang ’22 yang akan berlangsung pada 29 Oktober, Sabtu ini pada pukul 8.30 malam diadakan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Beliau berkata, salah satu objektif menganjurkan festival seumpama itu ialah untuk menarik generasi baru agar lebih mengenali dan mencintai serta mewarisi budaya dan tradisi yang sepatutnya menjadi kebanggan, bukan dilupakan atau luput ditelan zaman.

 

“Pada malam tersebut, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan Raja Syair Nusantara, Roslan Madun yang akan menghiburkan penonton dengan dendangan syair serta lagu rakyatnya yang cukup popular sekarang ini iaitu, Lemak Manis.

“Komposer popular Kamrul Hussin atau lebih dikenali @waklong akan bertindak sebagai Pengarah muzik dan akan mempamerkan persembahan unik pukulan gendangnya. Manakala Izz Hairy pula bertindak sebagai pengarah persembahan.

“Penyanyi Jamilah Abu Bakar yang popular dengan lagu berirama tradisional, zapin dan keroncong akan tampil dengan lagu Sayang Di Sayang  dan Cikgu Meera atau nama sebenarnya Nur Ameera Nabila Azmi dengan lagu Rindu Merindu.

“Jamilah dan Cikgu Meera juga akan berduet menyanyikan lagu popular nyanyian Datuk Siti Nurhaliza iaitu Nirmala dan Kurik Kundi,” ujar Syed Wafa.

Beliau berkata, keunikan seni pergendangan daripada pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia akan dipersembahan pada festival itu nanti.

Selain itu, katanya, joget Pahang akan ditarikan kepada orang ramai khususnya generasi muda yang berkunjung ke festival tersebut.

“Hadiran juga akan dihiburkan dengan persembahan tarian India dan Cina sambil menikmati makanan yang dijual oleh pengusaha-pengusaha foodtruck di sekitar kawasan Menara Condong,” katanya.

Tambah beliau, pengunjung tidak akan bosan jika hadir ke festival itu kerana terdapat persembahan daripada kumpulan Buskers, silat dan senamrobik. – SM

 

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button