Hiburan

11 tahun yang mencabar, Alif Kadim bergerak sendiri!

SELAMA 11 tahun Alif Kadim, 29, mencuba melakarkan namanya di atas kanvas seni dan hiburan tanah air. Muncul sebagai penyanyi pada tahun 2010 menerusi penyertaannya dalam pertandingan program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim kelapan, Alif juga menyertai dua lagi pertandingan berkonsepkan realiti televisyen.

Dua pertandingan yang dimaksudkan itu ialah I Can See Your Voice Malaysia musim pertama dan Vokal Mania yang disertainya pada tahun lepas.

Hari ini Alif diundang sebagai tetamu dalam Live Suara Merdeka yang buat pertama kalinya memperkenalkan montaj Mai Sembang.

Selepas ini, tetamu hiburan yang diundang ke studio mini Suara Merdeka untuk ditemubual secara langsung adalah sebagai tetamu Mai Sembang.

“Selama 11 tahun saya berada di pentas seni bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi saya juga mencuba bidang lakonan dan pengacaraan.

“Itu semua adalah forte pelengkap apabila saya mengambil keputusan menjadikan bidang seni ini sebagai kerjaya walaupun saya hanyalah seorang penyanyi kecil,” katanya.

Alif tidak pernah berputus asa untuk meneruskan langkahnya sebagai artis tanah air biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Kata Alif, beliau bakal menghasilkan single terbaharunya iaitu ketiga dalam tempoh terdekat dan apabila tiba masanya, kehadiran single tersebut akan diperkatakan dengan lebih lanjut.

Anak jati Kuala Lumpur ini mempunyai perwatakan yang ceria dan pernah duduk di bawah label KRU Records dan mendapat didikan Datuk Norman Abdul Halim selama setahun iaitu sejurus keluar daripada Akademi Fantasia (AF).

“Apa yang diajar oleh Datuk Norman kepada saya ialah bagaimana untuk berhadapan atau handle keadaan terutamanya apabila berhadapan dengan wartawan hiburan.

“Cara kita menjawab soalan dan memberi penerangan kepada wartawan itu penting kerana setiap apa yang ditulis, sama ada baik atau buruk, adalah publisiti kepada seseorang artis.

“Dari situ, saya belajar dan dalam masa yang sama, mengikis rasa gugup dan gementar apabila berhadapan dengan orang ramai dan penonton,” kata Alif.

Hari ini Alif tidak bernaung di bawah mana-mana label termasuk dari segi pengurusan karier seninya kerana beliau akui, lebih senang dan mudah bergerak tanpa merasa terikat.

Jika adapun untuk membantu jadual Alif, ialah Pengurusnya iaitu Eddie.

Memiliki segulung Diploma dalam bidang Muzik dan Vokal dari ASWARA, Alif diminta berkongsi pandangannya berhubung senario kegagalan seseorang penyanyi itu menyanyi dalam nota dan bukan sumbang.

“Kita manusia biasa. Beribu kali naik pentas, kita akan jadi lost. Kena kawal emosi, bacalah apa yang patut. Naik atas pentas, fokus dan lupakan segala masalah.

“Secara umum, seseorang penyanyi itu perlu fokus. Saya sendiri pun bila naik atas pentas, kena fokus kepada lagu, cukup tidur antara enam ke lapan jam,” ujar Alif.

Kata Alif bersetuju, mereka yang bukan penyanyi mudah untuk mengutuk.

“Saya pernah terkucil. Perform secara live, kalau tiba rasa gugup atas pentas dan gagal kawal atasi rasa gugup itu, ia akan mengganggu persembahan.

“Apa pun, penyanyi perlu bersiap sedia apatah lagi berada di atas pentas,” kata Alif. –  SM

(Visited 480 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button