Hiburan

Lagu baharu Cik B tewaskan Datuk Seri Siti Nurhaliza

BARU sehari melancarkan lagu pertama berjudul Tolonglah, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15 sudah mencatat rekod yang membanggakan.

Sehingga kini, lagu terbaharu itu sudah mencecah jumlah tontonan sebanyak 686,000 tontonan dan tersenarai dalam carta video trending dalam negara.

Malah, video klip Cik B itu juga berjaya menewaskan jumlah tontonan lagu baharu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Kuasa Cintamu.

Lagu Siti itu dikeluarkan pada hari sama lagu anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida disiarkan di YouTube.

 

Sementara itu, ruangan komen Instagram rasmi Cik B juga dipenuhi dengan komen positif peminat yang menyokong usaha remaja itu.

Lagu ciptaan bersama Cik B dan ibunya itumerupakan terjemahan perasaan dan curahan hati remaja berusia 15 tahun itu dalam genre ‘dark emo rap’.

“Lagu ini menceritakan hidup saya dari kecil yang mana saya melalui pengalaman di dera oleh pembantu rumah, kehilangan orang tersayang, isu keluarga dan sebagainya.

“Saya berharap peminat dapat menerima lagu ini walaupun ada yang tidak percaya, saya bukan macam anak orang kaya lain, saya dikurung, depresi dan sebagainya,” katanya. -SM

(Visited 1,442 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button