Hiburan

Lagi laporan polis dibuat terhadap pendakwah muda berkaitan kes cabul

Polis menerima satu lagi laporan berkaitan kes cabul yang melibatkan pendakwah muda yang ditahan berkaitan kes rogol di Shah Alam, Selangor.

Difahamkan, laporan polis itu dibuat oleh mangsa, wanita berusia 22 tahun yang juga pelajar di sebuah kolej tempatan.

Mangsa mendakwa dirinya telah dicabul oleh sorang lelaki (figura awam) berusia 25 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku pada 17 Oktober lalu kira-kira pukul 1 pagi.

“Mangsa telah dipelawa oleh suspek untuk ke rumahnya di kawasan Damansara Perdana dengan tujuan untuk mengajarnya ilmu pemasaran perniagaan.


“Ketika di rumah suspek, mangsa telah dicabul dan dipaksa untuk melakukan seks oral,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami trauma dan kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Tambahnya, suspek masih ditahan reman oleh polis berkenaan dengan satu lagi kes berlainan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol) sehingga esok. -SM

(Visited 461 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button