Hiburanpilihan

Syuk Sahar jadi rebutan lagi, Fara Salleh ugut bunuh diri, Rossa Sera rela dimadukan

SEBELUM ini kecoh bila pelawak, Syuk Sahar mempunyai skandal dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Semua aktiviti itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Aasshaferah di akaun Instagram miliknya.

Beberapa siri pendedahan akhirnya diikuti dengan ungkapan maaf Syuk dan pasangan ini kembali melayar bahtera rumah tangga bersama.

Namun, drama itu rupanya belum berakhir apabila Fara masih lagi menghantar mesej kepada Syuk dan ada juga yang berbaur ugutan.

Antara ugutan yang diterima ialah mahu membunuh diri dengan pisau dan terjun dari bangunan.

Malah, Rossa juga mengatakan yang dia sudah tidak kisah jika dimadukan dengan wanita tersebut.

“Daripada jadi benda tal baik nanti salahkan saya pulaaa buka aib la apa. Dah cakap dah klu nak kahwin silakan.

“Rasanya dorang pun dah bincang , tapi tu la, memang tak berubah juga. Apa salahnya terima saya dan anak2 saya. ? Saya dah izinkan ya. Suami saya bukan budak lagi.

“Saya pecaya dia pun ada alasan dia sendiri. Daripada masalah panjang. Tapi rasanya pihak keluarga di sana yang tak bagi. Tapi apapun smoga urusan antara kamu selesai,” ujarnya.

Namun, terbaharu Rossa telah memadamkan semua status-status pendedahan berkenaan dengan suaminya dan Fara Salleh. -SM

(Visited 2,868 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button