Politik

Sahruddin Jamal Ronda Tiga Kampung Dan Sembang Santai Dengan Masyarakat!

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N07 Bukit Kepong, Dato’ Dr Sahruddin Jamal meronda ke Kampung Bukit Panjang, Kampung Semeriut dan Kampung Liang Batu.

Sambil meronda, sempat juga Sahruddin bersembang santai bersama masyarakat di kampung-kampung tersebut.

“Dua hari sahaja lagi untuk hari mengundi Pilihanraya Johor. Saya menasihati mereka untuk memastikan semua kenalan kita keluar mengundi pada 12 Mac 2022 kerana undian kita inilah yang menentukan masa depan Negeri Johor,” kongsi Sahruddin di Facebook miliknya.

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button