Politik

PH Susahkan Rakyat, Hapus GST Tapi Ganti Tujuh Cukai Lain

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata hanya di Malaysia saja ‘Goods and Service Tax’ (GST) digugurkan dan diganti dengan ‘Sales And Services Tax’ (SST) meskipun terdapat 160 buah negara masih mengamalkannya.

Jelas beliau, walaupun GST dihapuskan tetapi Pakatan Harapan (PH) telah mempedaya dan menyusahkan rakyat dengan menggantikan tujuh cukai lain.

“Mereka menghapuskan satu cukai tetapi diganti dengan tujuh cukai iaitu cukai jualan, cukai perkhidmatan, levi pelepasan (hanya membayar cukai apabila hendak keluar negara), cukai digital, cukai keuntungan hartanah, cukai soda (minuman yang berkarbonat dikenakan cukai) dan terakhir ialah cukai duti-duti setem.

“Sekarang ini rakyat kurang membeli, peniaga-peniaga berkurangan dan banyak yang jatuh dalam perniagaan. Selalunya barang-barang tambahan seperti kosmetik biasanya akan ‘dimangsakan’ lebih awal dari barang-barang keperluan harian,” katanya dalam forum W.I.S.E 3.0, ‘Ekonomi Rakyat’, anjuran Pergerakan Wanita UMNO bertempat di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn, di sini.

Ahmad yang juga Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjelaskan bahawa terdapat teori yang menginginkan seseorang itu maju dengan produk-produknya.

“Teori saya bahawa satu keluarga satu usahawan, satu kampung satu produk, satu daerah satu industri (ini telah dibuat oleh kerajaan BN) dan satu keluarga satu graduan,” tegasnya lagi.

“Kalau orang Melayu nak maju haruslah berniaga, walau macamana pun kita harus maju ke depan dan berusaha … mudah-mudahan ada cahaya di hujung terowong,” ujarnya.

Turut hadir dalam forum ini, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad di samping panelnya, usahawan Datuk Seri Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida dan Datin Hajar Abdul Rahman; Naib Ketua Wanita, Datuk Norliza Abdul Rahim; Penolong Setiausaha, Datuk Rosni Sohar, Exco-exco Wanita dan juga ahli akar umbi dari Wanita. – UMNO ONLINE

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button