Berita

Bangsa Johor sila WhatsApp nombor ini untuk lapor kesalahan PRN Johor

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) meminta orang ramai menjadi mata dan telinga badan itu bagi memastikan Pilihan Raya Negeri Johor berjalan secara adil dan bersih.

“Sekiranya anda melihat perkara yang disyaki menyalahi peraturan berkempen atau undang-undang pilihan raya, sila WhatsApp maklumat itu ke talian 010-8011472,” kata Presiden MCW, Jais Abd Karim.

Selaku badan bukan kerajaan tempatan (NGO) yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadi pemerhati Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini seramai 13 sukarelawan MCM akan menjadi pemerhati pilihan raya itu mulai hari ini hingga 12 Mac nanti.

Justeru, beliau menitipkan pesanan khidmat masyarakat daripada MCM kepada semua pengundi PRN Johor bagi memastikan pilihan raya ini sifar rasuah dan penyalahgunaan kuasa menerusi panduan bagi menilai integriti kepemimpinan parti yang perlu diberi perhatian ketika pengundi memilih calon mereka kelak.

# Patuh dan mengikuti segala peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan sepanjang tempoh kempen.


# Tidak memberi sebarang sogokan kepada pengundi walau sekecil mana sekalipun.

# Mempunyai sejarah menepati janji sepanjang tempoh sebelum menjadi calon.

# Pantas bertindak setiap kali rakyat datang mengadu.

# Sentiasa ternampak kualiti kejujuran dan ketepatan dalam setiap tindakan beliau atau pun jentera parti.

# Konsisten dalam setiap tindakan (nilai dan prinsip) tanpa melihat pengadu atau rakyat itu mewakili pihak mana.

# Dilihat cukup baik untuk dijadikan teladan kerana kemahuan menegakkan apa yang diperkatakan dan tidak pernah khianat.

# Sentiasa meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri, keluarga dan pengikut.

# Sanggup dan sentiasa berkata TIDAK kepada rasuah pada sepanjang tempoh berkempen ini.

# Dilihat jelas meletakkan tanggungjawab sebagai wakil rakyat ini sebagai satu ibadah dan melaksanakan tugasan itu sebagai satu perintah Tuhan Yang Maha Esa.

# Sehubungan itu, sekiranya anda melihat perkara yang disyaki menyalahi peraturan berkempen atau undang-undang pilihan raya, sila WhatsApp maklumat itu ke talian 010-8011472.

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button