fbpx
Politik

Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong

Ada orang kata Agong tidak ada kuasa.
Di bawah ini ditunjuk sebahagian dari kuasa Tuanku.

S1. Siapa ada kuasa lantik PM?

J1. Kuasa budicara Agong di Perkara 40(2)(a).

S2. Bagaimana Agong lantik PM?

J2. YDPA melantik PM orang yang pada hematnya mungkin mendapt kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, Perkara 43(2)


S3. Adakah kepercayaan majoriti mesti datang dari parti yang menang majoriti?

J3. Tidak. Perlembagaan kata kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan bukan parti. Perkara 43(2).

S4. Siapa boleh mohon bubar Parlimen dari Agong?

J4. PM. Perkara 43(4).

S5. Boleh tak YDPA menolak permohonan PM/Dewan Rakyat untuk bubar parlimen?

J5. Boleh. YDPA ada kuasa budi bicara untuk menolak permohonan untuk bubar parlimen.

S6. Kenapa YDPA nak jumpa TunM dan DSAI/DSWA?

J6. Kerana Tuanku hendak berlaku adil dan sahkan dari dua belah pihak siapa yang sebenarnya mendapat sokongan majoriti dari Dewan Rakyat dan selepas itu baru lah Tuanku gunakan hemat Tuanku untuk buat keputusan. Perkara 43(2)

S7. Sekiranya Tuanku masih ragu dan dicabar apa Tuanku boleh buat?

J7. Tuanku boleh berunding dengan mana orang atau kumpulan selain dari kabinet yang Tuanku pilih sendiri. Perkara 40(3).

S8. Apa Tuanku boleh buat jika pihak cuba mentafsir Perlembagaan Persekutuan bertentangan dengan kuasa Tuanku?

J8. Tuanku boleh rujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk beri pendapat di mahkamah terbuka. Perkara 130.

S9. Kalau ada yang masih berdegil, apa Tuanku boleh buat?

J9. Tuanku boleh menjalankan kuasa Ketua Ekskutifnya mengikut undang2 dan tertakluk pada Jadual Kedua jika berkaitan Perkara 39.

S10. Apa lagi kuasa Tuanku jika masih ada yang ingkar?

J10. Tuanku boleh pecat/ gantung sesiapa yang Tuanku lantik di Seksyen 29 jadual 11, dan jika Tuanku berpuas hati sesuatu keadaan menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam sedang belaku baginda boleh keluarkan satu Proklamasi Darurat-Perkara 150.

S11. Sekiranya perlu bolehkah YDPA kerah ATM dan agensi lain?

J11. Boleh. Baginda menyandang jawatan Panglima Tertinggi ATM di Perkara 41 dan Ketua Eksekutif Persekutuan di perkara 39.

S12. Kalau parlimen dibubar dan PRU diadakan,apakah implikasinya?

J12. Negara perlu berbelanja melebihi Rm500,000,000 untuk SPR melaksanakannya. Itu belum dikira belanja persiapan pilihan raya untuk kempen parti-parti yang bertanding, yang pasti mencecah ratusan juta ringgit.

Akibatnya situasi politik tegang dan panas, tambah rosak adalah kestabilan politik dan perpepecahan rakyat akan lebih parah.

JUSTERU bersandarkan implikasi sedemikian yg bakal ditanggung rakyat, serta dalam keadaan kewangan negara yang tidak kukuh, jalan keluar terbaik ialah pembentukan kerajaan baharu melalui penentuan sokongan jumlah majoriti ahli-ahli Dewan.

Dipetik dari Facebook: Rafi Awg Kechik

Show More

Related Articles

Back to top button