Politik

Lumrah politik di Malaysia: Pelbagai karektor dalam parti

DALAM negara kita ada banyak parti politik. Dari setua-tua sehinggalah semuda-mudanya. Dalam parti-parti politik itu pula, ada pelbagai karektor.

Pada hemat Datuk Saiful Bahari, penganalisa politik, dengan parti PAS ada Ustaz Mokhtar Senik, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat yang sering mengeluarkan kenyataan yang menyerang, menyinggung serta melemparkan pelbagai tuduhan kepada parti UMNO.

Hajat PAS mahu mengadakan kerjasama politik dengan UMNO tetapi sikap menyerang habis-habisan ini memperlihatkan bahawa PAS sebenarnya tidak mahu menjalin kerjasama dengan UMNO.

PAS lebih selesa berada dalam Gabungan Perikatan Nasional (PN).

UMNO juga ada tiga orang karektor yang menjadi jurucakap UMNO yang tidak dilantik oleh parti sebagai jurucakap.

Lokman AdamPertama, Lokman Adam.

Tak payah cerita banyak, itu memang karektor Lokman. Selagi ada benda nak serang BERSATU, PN, PAS atau Tan Sri Muhyiddin Yassin, serangan bertali arus akan berlaku.

Kedua, bekas Ketua Pengarah JASA, Datuk Seri Mohd. Puad Zarkashi. Beliau Ahli MKT UMNO. Juga sering menjadi jurucakap UMNO.

Tiada sebarang jawatan sebagai Ketua Penerangan atau Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN0 tetapi sering mengeluarkan pandangan menyerang PPBM, Muhyiddin dan PAS seolah-olah jurucakap parti UMNO.

ISHAM JALIL

Ketiga, Isham Jalil, juga bukan Ahli MKT. Isham adalah Ketua Penerangan BN Negeri Selangor tetapi berucap dan mengadakan ceramah Town Hall merata-rata sehingga ke Johor.

Bukan apa, penerangan untuk Negeri Selangor pun belum selesai, sudah ke Johor.

Karektor beliau seolah-olah beliau masih lagi Pegawai kepada Datuk Seri Najib Razak. Kesana kesini membawa agenda dan publisiti untuk Najib.

Pelbagai karektor dalam UMNO dan dalam parti PAS yang mewarnakan pentas politik negara setiap hari dengan pelbagai berita, isu dan kenyataan mereka yang pedas-pedas.

Tak pedas, tak sedap.

Tak pedas, orang tak baca.

Tak pedas, tidak menjadi kontroversi.

Tak pedas, tidak jadi viral. – SM

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button