Politik

Saya masih kekal Ketua Menteri – Sulaiman

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 12 Mei – Datuk Seri Sulaiman Md. Ali menafikan dakwaan beliau telah meletakkan jawatan sebagai
ketua menteri seperti dakwaan yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook baru-baru ini.

“Saya masih saya masih ketua menteri Melaka dan akan terus berkhidmat dengan sehabis baik dan sedaya upaya
selagi mana dikehendaki oleh pucuk
pimpinan.

“Saya menafikan dakwaan bahawa saya telah meletakkan jawatan sebagai ketua Menteri. Ini adalah dakwaan
yang berniat untuk mengganggu gugat kestabilan kerajaan negeri yang saya terajui selepas Pilihan Raya
Negeri (PRN) Melaka ke-15,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu kini berada di Sarajevo, Bosnia and Herzegovina
mengetuai misi pelaburan negeri dan menghadiri Sarajevo Business Forum 2022.

Menegaskan perkara tersebut Sulaiman berkata, isu sebegini tidak sepatutnya timbul terutamanya ketika UMNO
dan Barisan Nasional (BN) negeri Melaka sedang memberi fokus memperkukuhkan usaha dan tenaga untuk
merampas kembali kerusi parlimen yang telah hilang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) lalu.

“Sikap keterbukaan saya mendengar pandangan ahli-ahli politik negeri ini bukanlah suatu kelemahan,
sebaliknya ia menjadi kekuatan bagi menghasilkan keputusan yang terbaik,” ujarnya.

Sempena bulan Syawal yang mulia ini katanya, beliau saya menyeru agar semua ahli parti bermuhasabah
demi menguatkan parti dan memberikan tumpuan kepada usaha untuk memenangi PRU-15 tidak lama lagi.

Jelasnya, BN mempunyai agenda yang lebih besar dan utama daripada bermain politik seperti ini. Sebagai
orang parti kita dituntut mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh parti.

Ekoran dakwaan yang dimuatnaik di sebuah akaun Facebook baru-baru ini, lima ketua bahagian diketuai
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mempertahankan kedudukan
Sulaiman sebagai ketua menteri sehingga habis penggal PRN Melaka ke-15.

Turut mempertahankan Sulaiman ialah Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Abd. Rahman; Pemangku Ketua
UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman; Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Senator Datuk Mohd.
Ridhuwan Mohd. Ali dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

 

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button