fbpx
BeritaPolitikPRK

Rakyat iktiraf Muafakat Nasional sebagai pembela

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai yang memenangkan BN jelas menunjukkan rakyat telah mengiktiraf Muafakat Nasional (MN) sebagai pembela nasib masa depan mereka.

Zahid berkata, kemenangan tersebut adalah kemenangan rakyat dan ia satu manifestasi penolakan kerajaan yang menzalimi dan mengabaikan rakyat.

“Kerajaan sekarang sudah tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau:

KENYATAAN
PENGERUSI BN
DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI

  1. Alhamdulillah. Saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya membolehkan kita memenangi kerusi penting Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi.
  2. Kita menjadi saksi bahawa dengan kesungguhan jentera BN terdiri daripada pejuang UMNO, MCA dan MIC disokong PAS serta rakan gabungan pembangkang dan NGO yang sama-sama membantu, membolehkan calon kita, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menumbangkan calon parti kerajaan. Yang nyata ia disempurnakan oleh DOA RAKYAT MALAYSIA. Ini adalah kemenangan keempat berturut-turut selepas Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.
  3. Untuk itu, saya dan rakan kepimpinan mengucapkan jutaan terima kasih kepada PENGUNDI TANJUNG PIAI YANG BIJAK MEMILIH. Begitu juga pemimpin-pemimpin parti BN dan Pas terutama Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, anggota jentera pilihan raya BN P165, Pas dan sahabat serta SEMUA PENCERAMAH BUDIMAN. BN Johor diterajui UMNO Johor dan PAS Johor. Tidak lupa pihak berkuasa dan anggota pasukan keselamatan. Hanya Allah SWT mampu membalas sumbangan saudara semua.
  4. Kemenangan ini adalah KEMENANGAN RAKYAT. Ia manifestasi penolakan kerajaan yang menzalimi dan mengabaikan rakyat. Kerajaan sekarang sudah tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.
  5. Rakyat sudah bersuara untuk mengiktiraf MUAFAKAT NASIONAL sebagai pembela nasib masa depan mereka.
  6. Kita hormati lawan tetapi keputusan ini adalah SUARA HATI RAKYAT terhadap ketidakadilan yang berlaku. Menteri-Menteri turun ke sini membuat pelbagai janji tetapi rakyat sedar ia adalah rentetan 1001 pembohongan.
  7. Sambil kita menghargai segala sumbangan dalam melakar kejayaan ini dan tidak terlalu ghairah dengan kemenangan ini, marilah kita berikrar untuk meneruskan momentum perjuangan sehingga BN kembali berkuasa di Putrajaya.

TERIMA KASIH.

Show More

Related Articles

Back to top button