NasionalNegeri

Tragedi bot karam di Semporna: Pelancong warga asing mati lemas

SEMBILAN pelancong asing yang menaiki sebuah bot karam di kawasan Perairan Pulau Timba-Timba dekat Semporna, semalam. Ekoran itu, seorang pelancong warga asing ditemukan lemas.

Dalam kejadian jam 10.10 pagi, bot membawa kesemua pelancong asing terbabit karam namun punca sebenar kejadian belum dapat ditentukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Sup Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya bagaimanapun hanya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4 petang.

Beliau berkata, mangsa yang ditemukan mati lemas ialah seorang lelaki berusia 38 tahun manakala lapan lagi penumpang bot berjaya diselamatkan,” katanya.

Katanya, ekoran itu, polis menahan empat lelaki iaitu seorang warga tempatan berumur 22 tahun dan tiga warga asing berumur antara 26 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

“Sementara perintah tahanan reman akan dimohon di Mahkamah Majistret hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mohd Farhan menasihatkan semua pengusaha termasuk pemilik dan pengendali bot pelancongan supaya mengutamakan aspek keselamatan seperti pemakaian jaket serta peralatan kecemasan yang lain.

“Sebarang maklumat berhubung kejadian boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Khadijah Mohd Seruji di talian 019-8718002 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – SM

BACA Bot dinaiki sepasang suami isteri karam di perairan Pulau Sebatik

BACA Kematian Tangmo: Pemilik, pemandu bot dijatuhi hukuman penjara

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button