NasionalNegeri

KSU KPDNHEP lawat syarikat pembungkusan minyak masak, elak ketirisan

KETUA Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof mengadakan lawatan rasmi ke syarikat pembungkusan minyak masak Lean Far Trading di Kuantan, Pahang.

Lawatan itu untuk memeriksa dan meneliti semula penyaluran minyak masak polibeg 1kg daripada peringkat pengilang, repackers, pemborong sehingga ke peruncit untuk mengelakkan dan mengesan sebarang punca ketirisan bekalan minyak masak bersubsidi itu di pasaran.

GAMBAR IHSAN KDPNHEP

Selain itu, Azman turut melawat Terminal Minyak PETRONAS Dagangan Berhad untuk meninjau serta mendapatkan input pengoperasian dan jaminan kestabilan bekalan minyak petrol dan diesel di stesen-stesen minyak bagi kawasan pantai timur semenanjung.

Libat urus sentiasa diadakan pihak Kementerian bersama syarikat OILCO untuk memastikan mereka sentiasa cakna dan membuat perancangan awal dengan menyediakan bekalan petrol dan diesel yang mencukupi dan tepat pada waktunya terutamanya ketika musim perayaan.

GAMBAR ISHAN KPDNHEP

Data dan informasi yang diperoleh daripada kedua-dua lawatan ini sangat penting untuk KPDNHEP menambah baik mekanisma penyaluran subsidi dan meneliti alternatif seperti pelaksanaan Subsidi Bersasar bagi menjamin penyaluran yang tepat kepada golongan sasar serta mengurangkan ketirisan dalam usaha Kerajaan mengurangkan beban fiskal Kerajaan dalam soal subsidi.


Turut mengiringi lawatan rasmi, Pengarah Penguat Kuasa Tuan Azman Adam, Pengarah KPDNHEP Negeri Pahang Datuk Mark Ujin serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan Negeri Pahang. – SM

(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button