Nasional

Raja Perlis terima mengadap pegawai KPTD

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Pegawai-Pegawai Kanan Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD) Malaysia di Balai Menghadap Biru Istana Arau semalam.

Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia
Brigedier Jeneral Dato’ Haji Mislan Anuar yang juga merangkap Pengerusi KPTD.

Turut serta ialah Provos Marsyal Darat Brigedier Jeneral Azman @ Norazman Selamat, Pengarah KPTD Brigedier Jeneral Abd. Wahab Geoh, Komandan Institut Pegawai Kanan (INSPEKA) Tentera Derat
Brigedier Jeneral Inderjit Singh a/l Bachan Singh dan Pengarah Undang-Undang, Markas Tentera Darat – CSM, Kolonel Noor Hishmuddian Rahim.

Dalam majlis mengadap tersebut Tuanku Syed Sirajuddin yang merupakan lulusan Akademi Tentera DiRaja Sandhurst (RMAS) dari United Kingdom dan kini juga adalah Kolonel Yang DiPertua Kor Rejimen Renjer DiRaja (RRD) serta Kor Polis Tentera DiRaja Malaysia dipersembah maklumkan perkembangan terkini KPTD. Baginda turut dipersembahkan cadangan kalendar aktiviti melibatkan keberangkatan baginda ke program-program kor tersebut bagi tahun ini.

Berangkat sama mengiringi Tuanku Raja ialah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia yang berpangkakan di Kem Bukit Keteri Perlis.

(Visited 1,362 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button