fbpx
Nasional

Temco berkuat kuasa dekat dua kawasan di Perlis

KAMPUNG Kuala Sanglang dan Tanah Timbul di Perlis diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco).

Perintah tersebut berkuat kuasa pada pukul 10 malam ini selama 28 hari sehingga 4 September hadapan berikutan peningkatan kes Koronavirus (Covid-19) di sana.

“Pengisytiharan ini dibuat bagi membolehkan aktiviti pengesanan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Ia sudahpun dimulakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri sejak semalam.

“Justeru, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuaasa.


BACA > Portal khas bantu rakyat M’sia hilang pekerjaan di luar negara kerana Covid-19 diwujudkan – Suara Merdeka

“Kerana pelaksanaan Temco akan mengguna pakai Prosedur Operasi Standart (SOP) PKP Pemulihan (PKPP) sedia ada.

“Sebagai tambahan, pelaksanaan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk ke kawasan Temco diadakan.

“Orang awam yang berada di luar kawasan Temco tidak dibenarkan masuk kecuali mereka yang terlibat dengan memberikan perkhidmatan asas.”

Demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dalam  satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penguatkuasaan Temco dilaksanakan selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

Perintah Temco dikuatkuasakan susulan kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga merebak ke negeri itu dengan 11 kes dicatatkan.

BACA > Cuak kena kejar polis, rempuh beberapa kenderaan – Suara Merdeka

Penularan tersebut melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Kampung Kuala Sanglang dan Tanah Timbul, Sanglang Arau.

Justeru, seramai 872 penduduk di dua kampung bekernaan akan menjalani ujian saringan sebagai langkah pembendungan.

Sehubungan itu, Azlan menasihatkan penduduk di dua kawasan terbabit mematuhi arahan kuarantin di rumah.

Arahan kuarantin tersebut dikeluarkan kepada penduduk setelah menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Sanglang.

Oleh demikian, hanya ketua isi rumah sahaja yang dibenarkan keluar bagi membeli barangan keperluan harian.

BACA > Menantu saya bukan penjenayah, henti sasar keluarga – Kit Siang – Suara Merdeka

“Arahan pelepasan bagi seluruh isi rumah akan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri selepas keputusan ujian saringan Covid-19 negatif.

“Keputusan ujian saringan dijangka diperolehi tidak melebihi empat hari daripada tarikh ujian saringan dilakukan,” jelasnya.

Tambah Azlan, bagaimanapun, memahami kesulitan yang bakal dihadapi penduduk, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan kepada penduduk di sana.

Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat Perlis supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan.

BACA > Warga asing di Singapura boleh ke Malaysia guna RGL – Suara Merdeka

Selain itu beliau juga menasihatkan supaya rakyat membudayakan norma baharu dengan menggunakan pendekatan cegah, amalkan, patuhi dan pantau. – SM

 

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button