fbpx


Nasional

KP Kesihatan nasihat jaga kebersihan ketika bersentuhan haiwan peliharaan

KETUA Pengarah Kesihatan menasihatakan orang ramai supaya menjadi kebersihan ketika bersentuhan dengan haiwan peliharaan.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ramai dari kita telah bertanya mengenai jangkitan COVID-19 mengenai haiwan dan binatang peliharaan.

“Bagi pencinta haiwan, haiwan peliharaan dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

“Sekiranya kita tidak dapat menjauhkan diri dari haiwan dan binatang peliharaan, penting untuk menjaga kebersihan diri setiap masa termasuk ketika bersentuhan dengan haiwan dan binatang peliharaan,” katanya.

Nasihata beliau supaya basuh tangan anda sebelum dan selepas mengendalikannya.


Sementara itu, katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Veterinar (DVS) untuk nasihat lanjut mengenai perkara ini.

Orang ramai semakin bimbang apabila laporan media sebelum ini seekor harimau daripada spesis Harimau Malaya di  Zoo Bronx, New York didapati positif Covid-19.

Harimau yang diberi nama Nadia itu dibawa menjalani ujian Covid-19 selepas ia didapati batuk-batuk.

Seekor lagi harimau belang yang dianggap sebagai kakak kepada Nadia, iaitu Azul dan dua ekor hrimau amur dan tiga singa Afrika juga didapati mempunyai simptom yang sama. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button