Nasionalpilihan

Belum ada keputusan mengenai pengenalan semula GST – Ismail Sabri

KERAJAAN masih mengkaji sama ada akan memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan masih belum membuat keputusan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri menegaskan beliau tidak mengumumkan bahawa kerajaan akan mengembalikan semula GST tidak lama lagi tetapi hanya berkata ia sedang mengkaji kemungkinan ini.

“Ramai orang terus melompat apabila saya berkata ‘tidak menolak kemungkinan’ (untuk memperkenalkan semula GST), tapi saya kata perlu dikaji, kita perlu kaji buruk dan baiknya.

“Bukan saya umumkan akan melaksanakan GST, saya kata kita akan buat kajian sebab kajian mendapati kita kekurangan pendapatan sebanyak RM30 bilion setahun kerana berpindah daripada GST kepada SST (cukai jualan dan perkhidmatan),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu di sini semalam (5 Jun).

Dalam temu bual khas dengan Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini, Ismail Sabri berkata GST dilihat mampu meluaskan asas hasil negara, dan kerajaan tidak menolak kemungkinan mengembalikannya sebagai cara berkesan untuk meningkatkan pendapatan negara dan membantu memerangi inflasi dan peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri berkata adalah penting bagi rakyat untuk dimaklumkan dengan betul tentang sebarang sistem percukaian baharu yang kerajaan merancang untuk memperkenalkan.

“Kalau kita rasa SST dah tak sesuai, (system percukaian) apa yang nak gantikan? dan rakyat perlu difahamkan dahulu. Kita hendak supaya apa yang kita umumkan diterima rakyat, bukan ditolak rakyat.

“Kita banyak pertimbanganlagi yang akan kita tengok. Adakah kesan daripada GST itu berlaku kenaikan harga? Adakah waktunya sesuai sekarang ini ataupun akan dating, bebrapa tahun lagi? Jadi jangan risau, sampai masanya kita akan dedahkan, kita akan umumkan,” katanya.

GST mula diperkenalkan di Malaysia pada 1 April 2015 pada kadar 6% oleh kerajaan Barisan Nasional.

GST telah digantung pada 1 Jun 2018 dan akhirnya dimansuhkan dan digantikan dengan SST pada 1 Sept 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Kadar semasa untuk cukai jualan ialah 5% dan 10%, manakala cukai perkhidmatan adalah pada 6%. – SM

Baca artikel ini > Kukuhkan asas ekonomi sebelum perkenal semula GST

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button