Luar Negara

Skim pembiayaan untuk tenaga boleh diperbaharui perlu dipercepatkan – IRENA

PANDEMIK Covid-19 telah menjadi faktor utama dalam memperlahankan proses perkembangan ke arah akses tenaga boleh diperbaharui dengan lebih menyeluruh.

Dalam satu kenyataan di laman webnya pada 1 Jun, Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) berkata di seluruh dunia, 733 juta orang masih tidak mempunyai akses kepada bekalan tenaga elektrik, dan 2.4 bilion orang masih memasak menggunakan bahan api yang memudaratkan kesihatan serta alam sekitar.

Pada kadar perkembangan semasa, ia berkata 670 juta orang akan kekal tanpa bekalan elektrik menjelang 2030, iaitu 10 juta lebih daripada apa yang telah diunjurkan tahun lepas.

Ketua Pengarah IRENA Francesco La Camera berkata pembiayaan awam antarabangsa untuk tenaga boleh diperbaharui perlu dipercepatkan, terutamanya di negara yang paling terdedah dan negara yang sudah ketinggalan dalam akses tenaga

“Kami telah gagal untuk menyokong golongan yang paling memerlukan.

“Dengan hanya tinggal lapan tahun lagi untuk mencapai akses universal kepada tenaga mampu milik dan mampan, kami memerlukan tindakan radikal untuk mempercepatkan peningkatan aliran kewangan awam antarabangsa dan mengagihkannya dengan cara yang lebih saksama, supaya 733 juta orang yang kini ketinggalan boleh menikmati faedah akses tenaga bersih,” katanya.

Hampir 90 juta orang di Asia dan Afrika yang sebelum ini mendapat akses kepada elektrik, kini tidak lagi mampu untuk membayar keperluan tenaga asas mereka.

Agensi itu berkata, kesan krisis Covid-19 terhadap tenaga telah meningkat dalam beberapa bulan terakhir ini kesan oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, yang telah menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran minyak dan gas global dan telah menyebabkan harga tenaga melonjak.

IRENA berkata walaupun terdapat gangguan berterusan dalam aktiviti ekonomi dan rantaian bekalan, tenaga boleh diperbaharui merupakan satu-satunya sumber tenaga yang berkembang semasa seluruh dunia berhadapan dengan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, ia berkata trend global dan serantau yang positif dalam tenaga boleh diperbaharui ini telah menyebabkan banyak negara lain yang paling memerlukan tenaga elektrik masih lagi ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur.

Ia berkata ini diburukkan lagi dengan penurunan aliran kewangan antarabangsa untuk tahun kedua berturut-turut, jatuh kepada AS$10.9 bilion pada 2019. – SM

Baca artikel ini > “Nak Pasang Solar Dekat Rumah? Ambillah Tawaran Pembiayaan Affin Bank!” – Gading Kencana

Jom pasang > Solar Rakyat

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button