Ekonomi

Usaha Kerajaan Tuanku Pulihkan Ekonomi Pasca Pandemik Berhasil – Perdana Menteri

Usaha Kerajaan Tuanku untuk memulihkan ekonomi pasca pandemik semakin berhasil dan berada pada momentum terbaik.

Terkini, ekonomi negara telah mencatat pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2021, berbanding penguncupan sebanyak 5.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Bagi tahun ini, Kerajaan Tuanku bertekad memacu ekonomi untuk mencapai pertumbuhan di antara 5.3 peratus sehingga 6.3 peratus, sebagaimana yang diunjurkan.

Pembukaan sempadan juga telah merancakkan usaha pemulihan ekonomi, khususnya sektor pelancongan dengan peningkatan kemasukan pelancong asing.

Seramai dua juta pelancong asing dijangka mengunjungi Malaysia pada tahun ini, yang akan menyumbang sebanyak RM8.6 bilion kepada ekonomi negara.

Kerajaan Tuanku, kekal komited untuk melonjakkan prestasi perdagangan dan pelaburan negara, termasuk memastikan pelaburan langsung domestik terus dirangsang.

Bagi mencapai matlamat itu, Kerajaan Tuanku akan terus memastikan urusan para pemain industri dipermudahkan dan sistem penyampaian perkhidmatan awam dipertingkatkan.

Langkah-langkah yang diambil ini, mendorong keyakinan komuniti pelabur antarabangsa terhadap prospek
pertumbuhan, sekali gus kemajuan ekonomi negara kekal teguh.

Sebagai contoh, sepanjang suku pertama tahun 2022, pelaburan langsung asing bersih meningkat kepada RM24.4 bilion, berbanding RM18.4 bilion pada suku keempat tahun lalu.

Jumlah perdagangan luar, berkembang sebanyak 23.6 peratus kepada RM624.9 bilion, manakala aliran masuk bersih dana asing kekal konsisten dengan jumlah RM7.4 bilion setakat ini

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button