fbpx
Luar Negara

Korea Selatan: pegawai tentera transgender tidak dibenar terus berkhidmat

TENTERA Korea Selatan pada Rabu memutuskan tidak membenarkan seorang pegawai tidak bertauliah yang telah melakukan pembedahan menukar jantina terus berkhidmat sebagai seorang askar wanita, lapor agensi berita Yonhap.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa tentera membabitkan pegawai Byun Hee-soo, 22, berpangkat sarjan dan telah menjalani pembedahan menukar jantina tahun lalu.

Byun menjadi pegawai Korea Selatan pertama yang melakukan pembedahan menukar jantina ketika masih dalam perkhidmatan.

“Menurut jawatankuasa (pegawai) itu tidak dibenar terus berkhidmat berdasarkan undang-undang berkaitan, termasuk Akta Pengurusan Pegawai Tentera,” kata Angkatan Tentera dalam satu kenyataan.

Memandangkan keputusan itu dibuat mengikut proses sewajarnya berdasarkan hasil pemeriksaan perubatan, pihak angkatan tentera berkata akan “terus melakukan pelbagai usaha untuk melindungi hak asasi kakitangan perkhidmatan dan mencegah sebarang diskriminasi yang tidak wajar.


Terdahulu, pasukan perubatan tentera mengisytiharkan pegawai itu sebagai “orang cacat,”

Buat masa ini, tidak terdapat peraturan tertentu untuk mengendalikan kes askar yang telah menukar jantina ketika masih dalam perkhidmatan.

Pada satu sidang media, Byun mahu beliau diberi peluang untuk terus berkhidmat.

“Saya tahu tentera belum bersedia untuk menerima anggotanya seorang transgender…Andai saya diberi peluang berdasarkan pengalaman yang saya ada, ia akan dapat mewujudkan kesan positif kepada angkatan tentera secara keseluruhan,” kata Byun.

Menjadi seorang tentera merupakan impiannya sejak sekian lama dan telah menunaikan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

Byun berharap semua minoriti seksual, termasuk dirinya diberi peluang untuk terus berkhidmat tanpa diskriminasi.

“Saya mahu menjadi contoh yang hebat, Tolong beri peluang kepada saya. Saya seorang tentera Republik Korea.”
– BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button