Agama

Transgender: Menteri bagi ‘lesen penuh’ kepada JAWI

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memberi kuasa penuh kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadap golongan transgander di Wilayah Persekutuan.

Beliau mengingatkan penguatkuasa JAWI agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam setiap operasi yang mereka jalankan.

Menurut Zulkifli, pihaknya tidak mahu golongan tersebut sekadar ditangkap sahaja tetapi sebaliknya mereka perlu dididik dengan cara yang yang paling berhikmah untuk membawa mereka kepada jalan yang benar.

Zulkifli berkata, usaha bersepadu diperlukan bagi membimbing golongan tersebut selaras dengan ajaran Islam sebagai agama yang mendidik.

“Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan. ⁣

Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (transgender) kembali ke pangkal jalan.

“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” kata Zulkifli.

Belly dancing: Wanita Amanah tanya menteri apa tindakan terhadap Sajad

Sebelum ini Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional Senator Aiman Athirah Al-Jundi  membangkitkan pertanyaan apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terutama menteri agama dan menteri berkaitan wanita terhadap usahawan transgender Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Sajad.

Amain Athiran berkata, video Sajad yang memakai baju ketat dan berlubang mendedahkan bahagian dada sambil melakukan ‘belly dancing’ di dalam kenderaan jelas merendahkan maruah wanita.

Video usahawan kosmetik itu melakukan belly dancing dimuat naik  di Instagramnya nursajat23  dan telah ditonton lebih 100,000 kali.

“Adakah pihak Menteri Agama yang baharu telah menjalankan sebarang usaha untuk menasihati Muhammad Sajjad secara hikmah, dan apakah usaha-usaha itu?’ tanya Aiman Athirah yang juga Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan Malaysia.

Menurut Aiman Athirah perlakukan Sajad itu boleh menyebabkan gangguan seksual dan pandangan serong terhadap wanita.

“Walaupun Muhammad Sajjad (Sajat) hakikatnya didaftarkan sebagai lelaki tetapi banyak tindak tanduknya sejak kebelakangan ini seperti memperagakan pelbagai aksi “mendedahkan body wanitanya” hakikatnya sangat merendahkan maruah seluruh kaum hawa!

“Sajat seolah-olah meletakkan sosok tubuh wanita sebagai simbol seks dan tontonan ramai. Perbuatan begini boleh ‘trigger’ gangguan seksual dan pandangan serong terhadap kaum wanita yang lain. Sekaligus meletakkan wanita-wanita sebenar terdedah menjadi mangsa,” kata Aiman Athirah.-SM

(Visited 496 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button