Luar Negara

Boris Johnson calon popular ganti Liz Truss

Peletakan jawatan Perdana Menteri Britain, Liz Truss mengejut dunia yang masih tertanya-tanya apa terjadi kepada negara yang merupakan salah kuasa dunia itu.

Kegusaran itu kerana apa yang berlaku akan memberi kesan kepada ekonomi dan politik dunia.

Justeru para pemimpin dunia berharap tindakan Truss meletakkan jawatan selepas 44 hari memikul tugas itu dapat diselesaikan segera.

Truss meletakkan jawatan selepas mengaku gagal menunaikan tanggungjawabnya terutama dalam menangani situasi ekonomi yang menyaksikan mata wang pound merudum.

Kini calon popular untuk menggantikan beliau di dalam parti Konservatif dan kerajaan ialah bekas Perdana Menteri Boris Johnson.


Pihak yang paling gembira mengalu-alukan kembalinya Johnson ialah Ukraine kerana dasar beliau sebelum ini menentang keras tindakan Rusia menyerang Ukraine.

Dalam akaun Twitter rasmi kerajaan Ukraine mereka telah menukar poster “Better Call Sal” kepads “Better Call Boris Johnson”

Bagaimanapun ada pihak terutama pemimpin parti Buruh menggesa diadakan pilihan raya segera kerana rakyat Britain berhak untuk terlibat memutuskannya.

Enam minggu lalu Boris keluar dari pintu nombor 10 Downing Street mengumumkan peletakkan jawatan selepas beliau dikatakan mengakibatkan perpecahan di dalam partinya.

Ironinya kini beliau menjadi harapan untuk menyatukan partinya. Pada masa sama ramai yang berusaha untuk menghalang pergerakan Boris.

Namun Boris sebelum ini terkenal sebagai pemimpin yang agresif pasti akan meredah segala halangan tersebut.

 

 

(Visited 98 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button