Nasional

Plus jangka 1.0 juta kenderaan guna Lebuhraya Plus semasa Deepavali

Plus Malaysia Berhad (Plus) menjangkakan 1.9 juta kenderaan menggunakan Lebuhraya PLUS semasa cuti Deepavali dan tambahan cuti sekolah bermula esok hingga 26 Okt.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata Plus telah mengeluarkan nasihat masa perjalanan (TTA) bagi tempoh tersebut untuk pengguna jalan raya merancang perjalanan mereka sempena sambutan Deepavali hujung minggu ini dan minggu depan.

“Pengguna jalan raya boleh merujuk kepada nasihat perjalanan masa melalui laman web www.plus.com.my dan platform media sosial PLUS.

“TTA bagi pengguna jalan raya yang meninggalkan bandar ke kampung halaman menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) adalah bagi mengelak kesesakan di lebuh raya, kawasan rehat dan plaza tol sepanjang tempoh perayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Zakaria menasihatkan pemandu dari Lembah Klang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara dan Johor supaya memasuki lebuh raya itu sebelum jam 10 pagi.

Bagi mereka yang datang ke Lembah Klang dari negeri-negeri ini bermula 24 hingga 26 Okt, mereka boleh memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi.

Tambahnya, PLUS dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan polis akan mengaktifkan Ujian SmartLane Awam (melibatkan lorong kecemasan) di Plaza Tol Bukit Tambun-Juru dan plaza tol Sungai Petani Selatan-Hentian Sebelah Tikam Batu bagi mengurangkan kesesakan.

Zakaria berkata PLUS akan memastikan tiada penutupan lorong, kerja penyelenggaraan atau kerja naik taraf dijalankan dari 21 hingga 25 Okt ini, bagi mengelak sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya.

 

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button