Luar Negara

Dr. Charles Lieber Ditahan Pada Awal Tahun 2020 Bukan Kerana Menjual Coronavirus

Kecoh dalam media sosial hasil perkongsian ramai kononnya seorang pensyarah Harvard University di Amerika Syarikat (AS) ditahan akibat menjual coronavirus kepada China.

Namun setelah menyelidik tajuk berita yang dilaporkan menerusi tangkap layar pengguna media sosial, Dr. Charles Lieber, 61, sebenarnya ditahan kerana menjual coronavirus seperti yang didakwa.

Sebaliknya penahanan adalah disebabkan Charles pernah menafikan dia tidak mempunyai sebarang hubungan universiti China menerusi satu program penyelidikan.

Dalam erti lain, Harvard University langsung tidak mengetahui bahawa Charles juga terlibat dengan program Thousand Talents China yang bertujuan untuk merekrut saintis serta ahli akademik terkemuka dari di dunia.

Salah satu tujuannya adalah untuk membantu China membuat lonjakan teknologi dan inovasi yang paling hebat memintas negara lain dan perkara itu dianggap sesuatu yang serius oleh kerajaan AS.


Tambahan pula, kerajaan AS telah memberi amaran bahawa program pengambilan sedemikian adalah usaha kerajaan China yang membolehkan mereka mencuri maklumat hak milik AS.

Menurut seorang penyiasat persekutuan, Charles pernah ke Universiti Teknologi Wuhan, China sekitar 2011 bagi menandatangai satu perjanjian jangka panjang.

Katanya apabila syarat itu dimuktamadkan, Charles akan dibayar $50,000 sebulan, $158,000 untuk perbelanjaan hidup, dan $1.5 juta untuk mendirikan makmal penyelidikan di universiti China.

(Visited 96 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button