Luar Negarapilihan

“Golongan Homoseksual, Kami Rayu Tolong Hadkan Aktiviti Seksual” – Rintih WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menggesa golongan homoseksual yang menjadi kumpulan paling terjejas akibat virus cacar monyet supaya mengehadkan pasangan seksual mereka ketika peningkatan kes itu di seluruh dunia.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada Sabtu lalu mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global turut menasihati cara terbaik untuk melindungi daripada jangkitan adalah ‘mengurangkan risiko pendedahan’.

“Bagi lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki digesa mengurangkan bilangan pasangan seksual anda, mempertimbangkan semula hubungan seks dengan pasangan baharu dan berhubung dengan mana-mana pasangan baharu untuk membolehkan tindakan susulan jika perlu,” katanya.

Tedros berkata, lebih 18,000 kes cacar monyet dilaporkan kepada WHO dari 78 negara dengan 70 peratus kes dilaporkan di Eropah dan 25 peratus di Amerika Syarikat (AS).

Lima kematian turut dilaporkan sejak Mei dan sekitar 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti pula berakhir di hospital.


Sebanyak 98 peratus kes dikesan berlaku terhadap lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.
Satu kajian diterbitkan dalam New England Journal of Medicine minggu lalu mendapati, sebanyak 98 peratus individu yang dijangkiti adalah lelaki gay atau biseksual dan 95 peratus kes menular melalui aktiviti seksual.

Sementara itu, WHO turut mengalu-alukan kajian baharu yang menyimpulkan COVID-19 pertama kali muncul di pasar haiwan di Wuhan, China, namun kekal menegaskan masih terlalu awal untuk menolak teori lain.

“Semua hipotesis kekal di atas meja,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan kepada pemberita di ibu pejabat agensi kesihatan PBB di Geneva.

Sebelum ini, kajian baharu yang diterbit dalam jurnal Science, melaporkan pasar haiwan liar dan unggas eksotik hidup di Wuhan, China dikenal pasti sebagai pusat penyebaran wabak COVID-19.

Kajian itu menjawab persoalan sama ada virus terbabit merebak daripada haiwan ke manusia atau akibat kemalangan makmal untuk berlaku wabak seterusnya. – AGENSI

(Visited 49 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button